Thursday, June 13, 2013

CARA AKU GUNA UMPAN UDANG HIDUP DI KELONG POZI

hasil teknik kopek kulit kepala udang hidup pada waktu malam
setahun dua ni aku menggunakan umpan udang hidup di Kelong Pozi kerana terdapat beberapa spisis ikan yang aktif memakan umpan udang hidup. Kebiasaannya, kalau aku naik kelong Pozi, aku hanya membawa umpan udang hidup kerana bagi aku penggunaan umpan lain seperti sotong pasar, ikan pasar dan udang pasar tak efektif sangat di sini. 
Di sini aku nak bagitau sikit cara aku menggunakan umpan udang hidup di kelong Pozi. Kalau ada yang tak suka cara aku tu terpulanglah pada diri sendiri kerana setiap pemancing memang ada cara yang tersendiri dan mandrum sendiri. Tetapi bagi mereka yang baru mencebur diri tu saya galakan menggunakan tip ini kerana aku bukan sahaja memancing di kelong ni malah mencuba beberapa teknik penggunaan umpan supaya lebih efektif.
Biasanya ikan yang aku target dengan menggunakan umpan udang hidup ialah ikan daun baru, ebek, bawal pinang , tetanda dan bandang. Kesemua ikan aktif makan pada waktu siang sahaja kecuali daun baru dan tetanda. 
Okey, aku bagitau dulu cara aku menggunakan umpan udang hidup pada waktu siang. Kebiasaannya aku menggunakan 2 mata kecil sahaja( mata gelama) kerana ikan target aku pun jenis mulut kecil sahaja seperti ebek dan daun baru. Selain itu perambut juga aku guna saiz diameter yang halus juga kerana saiz ikan pun dalam lingkungan sekilo sahaja. Kalau kena yang besar tu nasib badan la tetapi terlalu jarang melainkan anda ada target yang lebih besar. Umpan udang aku cakuk sekor hidup2. Selepas 2 minit cuba periksa umpan anda. Jika sudah tiada menunjukan ada banyak anak ikan kecil di tempat tersebut, maka anda perlu ubah tempat atau rest dulu penggunaan umpan udang hidup untuk mengelakan pembaziran umpan. Kalau umpan udang bertahan lebih 5 minit anda akan berpeluang mendapat strike jika ikan masuk.
Aku juga ada buat sedikit kajian penggunaan umpan udang hidup di kelong Pozi pada waktu malam. Kebiasaannnya, anak ikan tak mengganggu umpan udang hidup pada waktu malam. Umpan udang hidup dapat bertahan lama kekadang sampai 3 jam pun umpan udang hidup masih ada dan segar. Ini menunjukan ikan sebenarnya kurang nampak atau tak nampak langsung umpan udang anda. Aku ada buat sedikit perubahan dengan cara penggunaan umapan udang hidup pada waktu malam. Aku menganggap memang ikan tak nampak umpan pada waktu malam dan ikan mencari umpan berdasarkan bau.
Oleh itu, aku membuang kulit kepala umpan udang hidup yang di cakuk pada mata kail. Aku biarkan otak udang tu bersepai dan mengeluarkan bau yang boleh menggoda ikan berdasarkan bau pula. Nampaknya percubaan aku agak berhasil dan kawan2 aku juga mengatakan cara ini lebih berkesan. Kebiasaannnya ikan daun baru dan tetanda yang selalu menyambar umpan cara begini.
Bagi anda yang nak mencuba teknik ni aku syorkan belilah umpan udang hidup lebih banyak sikit dan tak perlu beli umpan merapu meraban melainkan anda bawa sotong kurita, cumit yang belum kena ais atau belanak yang besar(yang kocik2 tak payah bawa). Dengan cara ini anda menjimatkan kos umpan untuk membeli umpan yang lebih bagus iaitu udang hidup. Selamat Mencuba Nasi Anda.

Wednesday, June 12, 2013

MEMANG ADA GERUNG BELANG BESAR DI KELONG POZI

kelong pozi
Dalam blog yang terdahulu aku ada menatakan bahawa memang ada ikan besar dan mempunyai daya pecutan yang kuat di Kelong Pozi. Sudah ramai pemancing yang mendapat tarikan yang padu dan laju tetapi hampir semua telah kecundang. 
Aku sendiri telah beberapa kali menaikan GT dan gerung belang tetapi masih dalam skala sekilo dua. Selain itu aku juga berpendapat bahawa aku hanya bernasib baik. Misteri ikan apa yang selalu menghabiskan tali utama telah terjawab satu kali apabila seekor yu kemejan telah menampakan diri pada aku sekali setelah bertarung selama satu jam setengah. Walaubagaimanapun, misteri tarikan dan pecutan padu yang diterima masih belum terungkai sehinggalah Otai kelong Pozi iaitu Wak Din berjaya menaikan Gerung Belang berskala 5 KG. Aku percaya, itulah ikan yang selalu menghabiskan tali utama di Kelong Pozi. Aku terasa puas hati dapat melihat ikan tersebut walaupun bukan aku yang mendapatnya kerana persoalan yang selalu berligar dalam kepala ini terjawab akhirnya.

gerung belang yang dinaikan semasa bersama wartawan majalah umpan  2012

saiz baby begini selalu meragut umpan di tepi kelong
kalau nak saiz ni perlu reel yang heavy dan tali utama yang panjang 


Monday, June 3, 2013

TIANG 53 JAMBATAN PULAU PINANG

saiz jenahak tiang 53
Sempena cuti pertengah tahun aku ambil kesempatan pulang ke kampung menziarahi mak dan adik beradik aku yang lain. Orang yang paling sibuk suruh aku pulang ialah salah seorang adik aku iaitu Alang. Aku memang dah tahu hajat dia memang ank aku pergi memancing bawah jambatan Pulau Pinang. Aku bawa pulang sekali 4 batang joran aksi sederhana dan ringan sahaja. 
Aku dan adikku naik jambatan waktu pagi di mana arus masih bergerak surut. Alang memilih tiang 53 kerana ada ikan2 besar ditiang tersebut katanya. Aku terus apolo umpan iaitu ikan bilis. Tak di sangka, ada ikan tamban pula yang melekat pada mata apolo aku. Ini sudah bagus, aku pun terus apolo sebanyak mungkin ikan tamban yang aku isi dalam 2 kolam. Manakala Alang pula terus mengcangkuk umpan lalu lontar ke arah port2 pilihannya. Oleh kerana dia yang lebih arif tentang lubuk tiang 53.
Sedang arus bergerak perlahan, salah satu joran yang berumpan gantung bawah tapak dihenjut kasar tapi sayang kerana perambut putus digasak tiang. Tentu angkara kerapu yang menarik perambut ke bawah tapak. Tak lama kemudian, salah satu joran yang dilontar bawah jambatan terjatuh dan aku sempat sambar. Aku layan juga la, seekor jenahak skala 2 KG lebih menyerah diri. Baru sahaja jenahak dinaikan, tetiba salah satu joran lagi disambar kasar. Puas juga aku menahan asakan walaupun tali utama laju keluar. Alang minta nak layan dan aku bagi pada dia. Memang asakan tu asakan GT yang bersaiz 3 KG ke atas berdasarkan gaya tarikannya. Tapi sayang, GT berjaya menarik melepasi tiang sebelah lalu membuat satu pusingan u turn terakhir. Nak buat macam mana, terima nasib saja la. 
Semasa arus laut bergerak laju, kebiasaannya tiada sentapan. Tetapi pada hari tu salah satu joran mendapat sentapan kasar dari luar area jambatan. Alang yang melayan joran tu. Pada kiraan aku, seekor jenahak bersaiz kasr yang menggasak tetapi sayang sekali lagi kerana perambut putus mungkin bergesel dengan karang. Selepas tu tiada rentapan kasar kecuali aku menarik naik sekor tetanda dan seekor kakap merah junior sahaja. Pada malam tu tiada sentapan langsung, aku yang keletihan hanya banyak membaringkan diri diatas konkrit yang keras.
Pada keesokan pagi, tiada sentapan segalak semalam melainkan Alang menaikan seekor kerapu. Tetiba sekali lagi joran yang digantung di bawah tapak mendapat sentapan yang kasar. Ikan tersebut menarik keluar tali utama melawan arus. Alang yang ada berhampiran melayan joran tersebut tetapi sayang lagi kerana ikan tersebut kerana rabut dimata kail. Aku sendiri tak dapat mengagak ikan apa yang meragut umpan tersebut. Selepas itu, tetiba loceng koyan aku berdering 2 kali. Tak sempat aku nak tarik koyan aku bertali 300 lb telah putus dimakan teritip.
Hari dah petang, aku terus mengemas barang2 kerana hendak pulang.  Walaupu begitu, masih ada joran yang yang merendam umpan dalam laut. Sambil duk mengemas tu, salah satu joran aku mengena lagi. Seekor talang bulat skala 2 KG berjaya dinaikan. Walaupun hasil agak memuaskan tetapi aku agak kecewa kerana beberapa sentapan kasar banyak yang rabut.

talang bulat jambatan


tak dapat nafi memang terdapat ikan gred A di jambatan penang

hanya anak sahaja dan yang bapak semua rabut

Thursday, May 16, 2013

NAK MANCING IKAN DAUN BARU BESAR DI KELONG POZI?

penggunaan 2 mata kail lebih efektif dgn umpan ydang hidup
Ada sesetengah pemancing memang suka memancing ikan daun baru. Memang agak mudah kalau berminat hendak memancing ikan daun baru berbanding hendak memburu spisis lain yang agak cerewet seperti jenahak, bandang, kerapu dan ebek. Kawasan perairan lukut memang terkenal dengan spisis daun baru yang bersaiz besar dan kebiasaannya senang kalau nak dapatkan ikan daun baru bersaiz 1 kg.
Kebiasaannya pemancing menggunakan umpan udang kopek atau pumpun sarang sahaja jika hendak memburu spisis daun baru. Umpan ini memang berkesan dan ramai pemancing berjaya menaikan ikan daun baru. Tapi, penggunaan umpan udang kopek dan pumpun selalunya kita akan mendapat ikan daun baru yang kurang dari sekilo. 
Jika mahu memburu ikan daun baru yang besar di kelong Pozi, penggunaan umpan udang hidup seekor lebih praktikal berbanding udang kopek. Tetapi kita perlu tahu masa yang sesuai sahaja. Kebiasaannya ikan daun baru aktif semasa air bergerak pasang. Lagi besar pasang lagi besar ikan daun baru. 
Kita perlu tahu cara penggunaan umpan udang hidup di kelong Pozi untuk mengelakan pembaziran. Aku hanya akan menggunakan umpan udang hidup semasa air sudah hampir pasang penuh kerana pada waktu ini, ikan daun baru yang bersaiz besar aktif memakan umpan. Pada waktu malam pula, penggunaan umpan udang hidup kurang efektif, jadi anda perlu kopek kulit kepala umpan udang hidup untuk menarik ikan dengan bau pula. cara bigini juga berkesan untuk memikat ikan daun baru yang bersaiz besar. Ada pemancing yang berjaya menaikan ikan daun baru hampir 2 KG di kelong Pozi.

selain daun baru, ebek juga suka umpan udang hidup

saiz daun baru menggunakan umpan udang kopek

menggunakan umpan udang hidup

umpan udang hidup

umpan udang hidup

umpan udang hidup

umpan udang hidup

umpan udang hidup

umpan udang hidup

MENCARI LUBUK BANDANG (LADYFISH) DI KELONG POZI

Aku pasti ramai yang tertanya2 bagaimana nak memancing ikan bandang atau susu (panggilan tempatan) di kelong Pozi. Dah ramai yang pergi mencuba tetapi masih lagi hampa. Okey, saya boleh bagi tip yang betul ni tetapi mampukah pemancing mengamalkan tip yang saya nak bagi ni.

Pertama , kita perlu memilih hari pasang surut yang betul. Biasanya semasa arus yang besar mengikut kalendar hijrah seperti 13,14,15,16,17 atau 28,29,30,1 dan 2 tarikh kalendar hijrah. Tarikh2 yang lain juga ada tetapi untuk peluang yang lebih tarikh tersebut lebih sesuai.

kedua, kebiasaannya ikan bandang makan berhampiran dengan kelong dan kadang2 di tepi kelong. Anda perlu senyap kerana ikan takut untuk menghampiri kelong jika bising.

Ketiga, Bandang hanya makan di tempat tertentu sahaja atau lebih kerap memakan umpan di tempat tertentu sahaja. Aku bagitau tempat tu ialah antara depan kelong hingga ke dapur kelong atau tengah kelong sahaja. Aku tak pernah nampak ikan bandang dinaikan di kawasan tengah ke belakang. Tempat yang paling hot ialah tengah berhampiran dapur kelong.

Keempat, Ikan bandang menyambar umpan mengikut arus. Jika arus datang dari muara anda perlu memancing ke arah laut dan sebaliknya jika arus datang dari arah laut, anda perlu memancing ke arah muara.

Kelima, Kebiasaannya ikan bandang aktif menyambar umpan pada waktu air mula surut pada waktu pagi. Kekadang ada juga semasa air sedang pasang tetapi agak jarang. tempat yang masih hot ialah berhampiran dapur ke arah jeti shell. Kekadang semasa air mula pasang juga ikan bandang menyambar umpan tetapi agak jarang. Yang ni anda perlu melontar umpan ke arah muara di kawasan tengah.

MASALAH MEMANCING BANDANG

Masalah pertama, terdapat banyak anak ikan suka mencuri umpan sebelum ikan bandang menyambar umpan. Tak sampai seminit umpan udang hidup hanya tinggal kulit sahaja jika ada banyak anak ikan.

Masalah kedua, kawasan ikan bandang menyambar umpan agak terhad menyebabkan tidak banyak joran boleh dipasang.

Masalah ketiga, Ikan bandang agak sensitif dengan bunyi bising. Jika senyap dan tak ramai pemancing.. berpuluh kali strike yang kita boleh dapat. Lagipun kelong Pozi memang agak cetek.

Masalah kelima, Ikan bandang masuk ke kelong bermusim. pada tahun 2012 ikan bandang mula masuk pada bulan januari dan terus hilang selepas Jun. Ikan bandang timbul semula pada awal januari 2013.

Masalah besar, Jika joran anda sudah mengena, anda menghadapi satu lagi masalah di mana ikan bandang ni pandai melepaskan diri, aku dah biasa tengok ramai yang dah rabut begitu juga dengan aku sendiri. Tapi anda boleh rujuk cara mengendali ikan bandang dalam blog ini juga

Tuesday, May 14, 2013

CARA MELAYAN BANDANG (LADYSFISH) DI KELONG POZI

 milkyfish
Ni lagi satu cerita menarik pasal ikan bandang atau susu (panggilan tempatan) di kelong Pozi Kuala Lukut. Ikan bandang ni  masuk ke kelong bermusim. setahu saya, ikan bandang mula masuk kelong Pozi pada awal tahun 2012. sebelum ini tiada kelibat ikan bandang di kawasan kelong atau pun ikan bandang tak makan umpan di kawasan kelong. Pada akhir bulan Jun, ikan ni hilang  dan mula makan umpan semula pada awal januari tahun ni tahun 2013.

bandang ladysfish
Ramai pemancing berminat nak menduga tarikan ikan bandang yang dikatakan agak agresif berbanding saiznya. Memang ramai pemancing yang dah kena ikan bandang tetapi ramai yang rabut. Ada juga pemancing rabut sampai dua tiga puluh kali dalam sehari dan tak dapat seekor pun. Pengalaman aku sendiri pernah rabut lebih 30 kali dalam sehari. Pada mulanya aku sendiri tak tahu bagaimana ikan ni agak bijak melepaskan diri semasa melakukan lompatan.
Akhirnya aku dapat juga kunci kenapa ikan ni mudah rabut semasa perlawanan tarik menarik. Biasanya mata kail akan hook di bibir ikan bandang dan jarang ikan bandang menelan mata pancing. Lagi pula, dalam mulut ikan bandang seakan ada tulang yg keras di bahagian atas dalam mulut.Kawasan bibir ikan bandang terdapat satu tulang yang terpisah dengan bahagian kepala. Antara 2 bahagian yang terpisah tu disambung dengan satu selaput yang agak nipis dan lembut. Kebiasaannya, mata kail akan hook di kawasan selaput yang lembut tersebut. Selaput tersebut mudah koyak apabila disentap.
Jadi cara yang terbaik melayan ikan bandang ialah kita perlu longgarkan sistem tegangan  dan biarkan ikan tersebut melarikan diri. Dengan cara ini, selaput yang lembut tersebut tidak akan koyak.  Selain itu, apabila kita melonggarkan sistem tegangan, kita telah mengurangkan lompatan ikan tersebut. maka peluang untuk mendaratkan spisis ikan bandang lebih cerah. Selamat mencuba. Jika ada sesiapa yang boleh bagi pendapat lain saya persilakan.

UMPAN UDANG HIDUP MURAH DI PEKAN SUNGAI PELEK

Salah satu perkara yang penting semasa pergi memancing ialah umpan. Penggunaan umpan yang baik biasanya memerlukan kos yang agak tinggi berbanding umpan biasa. Salah satu umpan yang popular dikalangan pemancing ialah umpan udang hidup.
Pada mulanya aku malas nak tulis cerita ni kerana akan mengganggu perniagaan orang2 tertentu tetapi timbul pula rasa kesian kepada pemancing2 yang terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membeli umpan. Apabila umpan mahal, maka pemancing akan membeli dgn budget poket bukan berdasarkan bagut memancing. Ini menyebabkan ramai pemancing tidak mendapat kepuasan sebenar memancing apabila mpan tidak mencukupi.
Kalau anda memancing kawasan Bagan Lalang atau Muara Kuala Lukut, anda boleh membeli umpan udang hidup di pekan Sungai Pelek. Berdasarkan pemerhatiaan saya, harga umpan udang hidup di sini agak murah berbanding kawasan lain berhampiran sini. Pada masa blog ini ditulis, harga udang hidup di pekan sg pelek ialah antara 35 sen hingga 40 sen seekor mengikut saiz. Jika harga pada masa depan aku tak berani jamin la.
Ada 2 buah kedai yang jual umpan udang hidup di Pekan Sg pelek iaitu kedai pancing sebelah BSN dan kedai pancing sebelah Sport toto dan seven E. Bekas dan pam tu kena sediakan sendiri la.
Nanti ada pula orang tanya di mana pekan Sg Pelek? Pekan Sg pelek terletak dalam daerah Sepang di Jalan menuju ke arah Pantai Bagan Lalang. Jadi jika ada pemancing nak memancing di area Lukut terpaksa pergi dan patah balik dari simpang tiga pekan Sepang. Tak jauh pun, jarak masa dalam 7 minit sahaja.

AKU SEORANG PEMANCING

My Photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih